Friday, January 14, 2011

JOM TENGOK MOVIE NIE


Selamat petang semua

Siapa dah tengok cerita nie cepat angkat tangan
[eh xmulah angkat, ketiakmu asem ar.hehe]
Cerita nie baru jer keluar semalam kan
Aku tengok trailer nye macam best jer
Kalau aku tengah praktikal kat putrajaya lagi mesti dah merengek
mintak kuci2 bawak pergi tengok cerita nie.haha
Tapi apakan daya sekarang nie aku kat KOREA
Dia pulak kat kl,kan jauh tuu
ish,ish,ish
[perasaan lebih jer aku nie.haha]
Alah sekali sekala berangan apa salahnye
Mana tahu satu hari nanti aku dapat ke sana
Dapat jumpa kim bum pun ok gak
Time tuu korang jangan jeles ar
hahaha
Dah2 jom baca sinopsis cerita nie.
Pada sesiapa yang dah tengok bolehlah
bagitahu aku pendapat korang pasal cerita nie



Sinopsis Khurafat:- Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibat .. membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan.

Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri … ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersiakp pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma pasangan ini…

Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri dengan mayatnya tergantung. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akur dengan kesilapan silamnya… perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi.

Kesimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. KepadaNya seluruh makhluk bergantung.









p/s : aku rindu kaulah shap!

8 comments:

Qib said...

lom, sedap ngat ke??

Akhirnya. Confession| Untuk orang SINGLE|

apdm said...

salam

berani lah pada yang tengok tu,

syira tengok promo dlm tv pun pejam mata...hahhaha

aliza zeke said...

pinqib:xthulah sedap kew tak.kite pun tak tengok lagi.ngeh3

syira:hahaha..syira penakut ea.hehe

Hanim Mahali said...

cam besh je... excited mau nengok

PADLE said...

tringin gak tgk cite ni,tp td ramai sgt org kat TS...

Cempakamelati said...

Tadi tengok Melodi, orang yang dah menonton cerita tu kata cerita ni seram gila....tak berani saya nak gi tengok..saya ni penakut skit.

aliza zeke said...

hanim mahali: nak ikot.hehe

padle: takpe,g lain hari jer. :)

cempakamelati: saya pun penakut jugak,tapi nak tengok gak.hehe

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

ramai yg minat filem khurafat ni.. nnt nk suruh my cousin pos kan untuk i the cd's.. haha, nk try tengokk, how's fear i will be.!