Thursday, May 24, 2012

Singapurara lagi jor

Assalamualaikum




Dah lama tak login blog nie,sekali masuk wahhh semua telah bertukar baru.. kui kui kui..lepas akan mencuba aktif kan balik blogging nie lah..ngeh3


-------------------------------------------------

Hendak dijadikan cerita boleh dikatakan dalam sebulan lebih gak aku tak berdating dengan si dia .. So,sementara dia cuti kejap sebelum meneruskan semester pendek nya , kenalah jalan puas - puaskan .. Oleh itu aku telah memilih destinasi percutian kami iaitu di Singapura .. ahak2 .. * saja mengedik nak berjalan kat singapura kan *



20/05/2012 - Ok, destinasi pertama kitaorang ialah SENTOSA .. Sebenarnya teringin gak nak masuk USS tapi disebabkan matawang tak mencukupi so jalan - jalan luar jewlah yer ..









sebelum meneruskan perjalanan ke SENTOSA kita bergambar jap yawww


Ha, kalau korang nak naik monorel pun boleh jugak ke sentosa tuu, tapi disebabkan nak ambik udara yang nyaman sambil bergurau senda tuu yang berjalan kaki jer .. ahak ahak




Boleh dikatakan jauh jugaklah kalau berjalan kaki dari vivo city ke sentosa tuu,tapi jangan risau sebab kalau korang nak tahu siap ada eskulator rata tuu  tau .. tapi bukan sepanjang jalan lah cuma sebahagian jer eskulator tuu 








dah sampai pun kat SENTOSA yang ada uss tuu,tapi aku dan dia hanya bergambar kat lua jewlah yer .. ok lah kan ..hahahahaha








yang nie lagi satu yang membuatkan aku geram tau .. dalam kedai candylicious tuu banyak gila coklat ..lagi2 hershey's ..geram jer, 
tapi macam biasa hanya mampu menjeling - jeling .. huhu









nampak tak betapa kesian nya sebab bergambar je ngan coklat tuu .. 
lagi satu nak pesan awal - awal sebelum masuk kat sentosa 
tuu korang ready lah air banyak2 yer .. air mineral pun mahal 
gile sioooooooooottttttttt! sungguh tak patut tau. 








yang nie chenta hati kita yang cam dah bertahun2 tak jumpa tuu .. 
rinduu dia woooo








Dah selesai berjalan kat sentosa aku pun meneruskan perjalanan ker orchard.. sebenarmya aku nak pergi kat sini sebab nak pergi cari mask 
korea di daiso  .. kedai yang always 2$ jer tau .. tak kira lah barang apa 
pun korang beli semua harga hanya 2$ jer tau ..




Sebelum nie aku pernah terbaca kat blog seseorang yang cerita pasal mask nie.. so aku dah lama nak try,tapi  tak try2 .. pastu termasuk kat kedai daiso tuu terjumpa pulak kan.. tapi malangnya mask tuu dah takde dah habis .. hanya tinggal pencuci muka jer..




ada sesiapa tahu mana nak dapatkan benda nie kat JOHOR tak?


Lepas dah menyinggah di kedai daiso tuu aku bergegas nak balik ke bugis semula , al maklumlah naik public transport kan .. tak boleh nak malam - malam sangat balik .. ngeh3 .. nak jalan pun dah tak larat, sebab orang dah makin ramai .. so kepada yang belum pergi ke singapura tuu cepat2 lah pergi yer .. boleh tengok life dorang dan pembangunan dorang macam mana kat sana,... hehe








i love red :)






p/s : sampai di sni saja ceritanya,uurmmmm nak g korea pulak lah pasnie :p








2 comments:

Unknown said...

bestnya.............
terasa macam dah kesana

dik, ttg mask tu.. kak tak kaki shopping, sungguh tak dapat tolong..maaf ya

aliza zeke said...

hehe..bile kak ayu nak kesane..nnti leh bwk anak jejalan sekali :)