Sunday, June 21, 2015

Honeymoon BALI - part 2

Assalamualaikum.


Ok,kita terus sambung entry honeymoon kat Bali terus lah yer.hehe


Hari kedua


Hari kedua nie memang pack.Disebabkan kitaorang cuma nak pakai supir full day 2 hari sahaja,jadi kitaorg dah pilih tempat yg betul2 nak pergi Sahaja.Lepas sarapan dalam 9.00 pagi camtu,tempat pertama yg di tuju ialah tempat buat batik,lepas tuu tempat buat silver Dan painting.







Perjalanan diteruskan ke KINTAMANI .serius tempat nie best gila.Dengan udara yg sejuk,makan buffet yer kat atas tuu dengan pemandangan mengadap gunung berapi.Perjalanan pula Dari hotel ke KINTAMANI adalah dalam sejam camtu.


TIPS : Belajar sikit cakap Indonesia.supir kitaorg ajar cakap indonesia sikit2 Dan cakap datang Dari acheh.so,harga semua dapat harga local.kalau tak harga org luar mahal.Dah jimat dah kat situ.





kalau nak solat pun ade surau yg disediakan ok.lepas dah settle,Perjalanan  diteruskan  ke tempat KOPI LUWAK.katanya kopi yg paling mahal gituu.



Ini luwaknya..dia sedang tidur tapi dikejut Oleh tuannya.Di malam hari luwak nie Akan bangun Dan Akan makan kopi yang terbaek Sahaja.Esok pagi dia Akan berakkan biji kopi tersebut.biji kopi tulah yg Akan diproses untuk di jadikan kopi TAPI Ada 3 lapisan yer.takdelah biji yg dibuat kopi tuu Akan terkena taiknya.


Acah - Acah buat Masak kopi.


Kopi FREE yang Akan dibagi minum.Kalau nak kopi luwak Kena Bayar yer.vanilla coffee dia sedapppp! Lepas minum kalau nak beli ade kedainya jugak kat situ.


Next TEGALALANG.


Kawasan padi di atas bukit.serius,cantik.kalau korang nak berjalan kat sawah tuu pun boleh tapi kitaorg begambar dari atas ajer sebab baru Lepas hujan.


Yang korang nampak ada bumbung-bumbung tuu cafe kalau tak silap.yela,mana tahu nak lepak minum-minum ker kan.



Macam biasa masuk sini pun dikenakan bayaran ok walaupun tepi jalan ajer sawahnya.ok,next entry nanti kita sambung ke TANAH LOT.













No comments: