Friday, December 31, 2010

Mouse/Tetikus

Assalamualaikum

Salam hari jumaat semua
Tinggal beberapa jam saja lagi kita semua akan melangkah ke tahun 2011
Mesti setiap orang ada bermacam-macam kenangan di tahun 2010 nie kan
So,di tahun yang akan datang nie semoga semuanya akan berjalan dengan lancar hendaknya
[moga pintu rezeki aku akan terbuka tuk dapat keje]

Ok,kita terus kepada tajuk yang sebenar
Hari nie aku nak share sikit info pasal mouse nie
Jom baca

Mouse atau dalam Bahasa Melayu di panggil tetikus salah satu peranti input yang diperlukan untuk melengkapkan sesebuah sistem komputer.Walau apa pun sistem operasi yang digunakan samada Microsoft Windows , Linux , Unix dan sebagainya tetap memerlukan mouse.Mouse boleh diibaratkan sebagai tangan manusia.Tanpa mouse kita tidak dapat menggunakan komputer dengan sempurna walaupun ada sesetengah perkara boleh dilakukan menggunakan keyboard.

Mouse berfungsi sebagai pengerak cursor pada skrin monitor.Pada masa kini terdapat 4 jenis sambungan mouse ke komputer iaitu :

- Standard Serial Mouse.

- PS2

- USB

- Wireless

Antara ciri-ciri fizikal pada mouse pada masa sekarang : tetikus bebola dengan wayar , tetikus bebola tanpa wayar , tetikus optik/laser dengan wayar , tetikus optik/laser tanpa wayar.Kebiasanya pada mouse terdapat 2 hingga 3 butang yang mana mempunyai fungsi yang tertentu.Secara default , butang sebelah kiri untuk membuka atau memulakan sesuatu program atau data.Butang yang kanan pula untuk melihat properties file atau program tersebut.Namun begitu setting tersebut boleh diubah mengikut kesesuain pengguna dengan klik pada “Start – Setting – Control Panel – Mouse”.


Info nie aku dapat dari kongsiblog

Kalau korang nak banyak info silalah melawat ke blognya k



ini mouse aku [my kuci2 belikan.hihi]



cantik kan mouse yang nie


yang nie pulak mouse bentuk hantu.siap ada ekor lagi

p/s: Selamat menyambut tahun 2011 semua :)


7 comments:

Anisa said...

comel tetikus bentuk luv tu
(:

happy new year

apdm said...

salam


berkenan yang love tu....


selamat tahun baru kak :D

Qib said...

kalau yang antu tu wana pink kan cumeyy?

fatian athiea said...

hepy new year..


1st tym singgah:)



http://thyyunxthiya.blogspot.com/

Nisha Ramlan said...

http://jojojoined.blogspot.com/2011/01/izamir-ridzwan-pendrive-giveaway.html

jom join :)

PADLE said...

mouse aku xde wayar..

so,nak panggil ape eyh...

hepi new year!

aliza zeke said...

anisah:happy new year jugak nis :)

syira:selamat tahun baru jugak syira :)

qib:mentang suke pink.sume nak pink ea.ngeh3

misz molecule:hepy new year jugak :)

joyah:kk.nnt aku join