Friday, November 13, 2015

Bercuti di KOREA - Part 2

Assalamualaikum


Ok,sementara masih ingat lagi kenangan-kenangan kat korea tuu, kita pun merajinkan diri untuk update blog nie lagi.hehe


Hari Kedua - NAMI ISLAND , PETITE FRANCE & DONGDAEMUN


Untuk hari kedua nie pagi-pagi lagi kitaorang dah keluar..Sebab NAMI dan PETITE tempatnya jauhlah jugak..jadi memang kena gerak awal.Dari MYEONDONG nak ke station GAPYEONG , korang kena tukar train sebanyak 3kali di DONGDAEMUN,HOEGI & MANGU.Untuk sampai ke gapyeong station lebih kurang dalam 21 station jugaklah yang korang kena lalui..kui3..


Masa dalam train tuu jumpalah 2orang budak perempuan malaysia..Dorang siap bercerita lagi cara nak pergi nami tuu camna..dan tunjuk gambar station yang kita orang kena tunggu bas kat mana.





Masa nie cahaya matahari memang tak rasa langsung,sebab suhu jatuh bawah 10 darjah celcius.Dah sejuk lepastu berangin lagi,Memang SEJUKKK gilaa !! 


GAPYEONG STATION..sampai kat tempat nie korang kena keluar dan tunggu bas di station bus.




Untuk masa korang boleh ambik gambar.Senang lah nanti korang boleh bajet nak tunggu bas pukul berapa.Ticket untuk ke nami island & petite france dah naik yer iaitu 6000 WON seorang..Ticket tuu jangan dibuang,sebab kalau korang ke nami dahulu lepastu nak ke petite naik bas dan hanya tunjuk ticket..Dah pergi kedua-dua tempat jangan buang lagiii tau ticket tuu,simpan untuk naik bas ke cheongpyong station pulak.Kalau nak naik teksi, ticket tuu nak buang pun takpe..hehe


NAMI ISLAND

* sila bawa pasport sebab masa nak beli ticket dorang nak tengok pasport.
* ticket masuk NAMI ISLAND sorang 8000 WON (naik ferry-return)


Ok, jom layan gamba -gamba kat nami dulu.hehe

masa nak naik ferry

ferry nie korang boleh pilih nak duduk kt bawah atau naik ats untuk tengok view


pintu masuk NAMI ISLAND




Kalau korang perasan ade ramai yang dok berkelah kat padang tuu kan?? dorang bukan duduk saja2 tapi makan bekalan yang dorang bawak tuu tau.Ha,nampak tak betapa sejuknyaaaa,sampai kena makan kat tengah panas.haha


lepas dah ronda-ronda kitaorang pun tunggulah bas semula untuk pergi ke PETITE FRANCE.masa bas da sampai sekali penuh lah pulak,so kena tunggu lagi 40minit..lamaaa tuuu.Last2 ade lagi 2 orang gadis malaysia ajak share naik teksi sama2..Nak kata jauh sangat tuu taklah tapi tambang memang letup.rm50 uolsss duit malaysia.MAHAL !! tapi selamat share dan jimat lah masa jugakkn.ngeh3



PETITE FRANCE

Kalau korang nak tahu PETITE FRANCE nie salah satu tempat runningman buat game dorang dulu.Penat sikit lah yer sebab berbukit dan bertangga.

* ticket petite france en husband ada ambik kupon diskaun jadi dapatlah murah sikit.

Pintu masuk ke PETITE FRANCE

Nampak tuu poster runningman.hehe


Lepas ke petite kitaorang tunggu bas cam biasa nak pergi ke gapyeong station.Destinasi seterusnya DONGDAEMUN...tempat nie takde dah nak ambik2 gambar sebab masing-masing dah penat..sepanjang dari nami tak dapat duduk pun dalam train..dahlah penat berjalan,pastu berdiri lama lagi..memang lepak..tapi teruskan ke tempat yang nak tuju betul2 sahaja iaitu shopping complex DOOTA dan market dongdaemun


Doota ada satu kedai nama ARIRANG nie salah satu kedai yang korang boleh beli ole-ole untuk keluarga atau sesiapa pun..yang menariknya pekerja nya adelah orang indonesia jadi senang korang nak borak dan bos serta pekerja warga korea tuu pun tahu berbahasa melayu jugak.Jadi jangan terkejut pulak kalau korang dengar dorang cakap melayu



Kebanyakan blogger cakap strawberi kat dongdaemun nie manis dan sedap..Ingatkan lepas dari shopping tuu nak singgah lah beli tapi kitaorang terus nak cari market dongdaemun.SERIUS tak nak pergi lagi sini kalau tengah penat sebab kitaorang SESAT dan jalan berpusing2..Last2 decide balik ajerlah.strawberi pun tak jadi beli sebab kaki dah sakit sangat dan terlampau sejukkk..huhhuu


BERSAMBUNG....


















station dan destinasi seterusnya DONGDAEMUN

No comments: