Sunday, November 8, 2015

Bercuti di KOREA - part 1

Assalamualaikum semua 


Pada tarikh 29/10/2015 aku dan encik suami telah bercuti ke Korea.Memang tempat idaman yang aku nak sangat pergi * pengaruh runningman.hehe...Ok,aku akan share info serba sedikit pasal percutian nie.Untuk tiket tuu kitaorang dah beli awal 4 bulan sebelum pergi sebab ada promotion.Kitaorang pilih musim auntum sebab ramai blogger suggestkan musim nie yang terbaik.Tiket masa tuu dalam rm6++ seorang.Pong pang pong pang untuk tiket ke korea,tiket ke klia,luggage dan makanan untuk 2 orang dalam rm2000 camtulah.Naik air asia untuk jimat.haha


Tiket masa tuu dalam kul8 pagi...Sampai kat airport Inchon tuu kitaorang terus pergi 7eleven untuk beli T-money & Banana uyu..ngeh3..Untuk pergi ke guesthouse kitaorang tuu kena naik bas no 6015 keluar kat EXIT 5 .. Sebelum nie boleh bayar cash,T-money jangan guna dulu,tapi sekarang dah tak pakai cash kena beli tiket bas kat dalam airport tuu jugak.Untuk guesthouse kitaorang memilih Namsan guesthouse 3 area Myeondong..Kawasan nie mahal sikit sebab town.Cuma yang best boleh jalan kaki sahaja ke myendong & namdaemun.Ha,kitaorang kat sana cuma 5 hari 4 malam sahaja yer.Untuk guesthouse kitaorang book guna agoda.Ok,next time iolss buat entry pasal guesthouse nya..Guesthouse sahaja dalam rm1000 untuk 2 orang.





Ok, hari pertama sampai plan nak ke Namsan Tower..Pun hanya jalan kaki sahaja dari hotel.Tapi kat sana cepat sejam.Kul6 petang hari dah gelap macam kul8 malam kat malaysia.Jadi plan malam tuu kitaorang tukar pergi makan nasi goreng seafood kat myeondong.

Didepan kedai nasi goreng seafood




nasi goreng seafood nie orang nya akan goreng depan mata kita tau.Nie aku acah-acah ajer.hehe..Untuk nasi goreng seafood nie ramai blogger cakap sedap tapi tekak aku biasa2 jer..Rasa pedas manis..Yang tak syok sebab ade bawang susah nak makan.Al maklumlah,orang tak makan sayur kan..So,kimchi dan lain2 pun aku tak sentuh sebab sayur.Husband aku try kimchi tapi dia cakap memang takleh nak layan.Lain orang lain tekak lah kan.Tapi ade kobisnya,husband aku cakap sedappp!! Gambar lupa pulak nak ambik.kui3


Malam pertama- myeondong




Masa malam kitaorang pergi nie tak meriah sangat.Tapi skincare sana memang promo gila2 punya!! Murahhh bak hang..hahaha.Sampai tak tahu nak beli mask apa sebab banyak sangat.Tapi kalau kat malaysia suka pakai etude house..Lepas makan nasi goreng seafood kitaorang berjalan lah sekejap kat myeondong tuu tapi,kedai tepi2 yang jual makanan goreng2 baru nak buka.Nanti malam terkahir iolsss cerita lagi lah yer pasal myeondong.hehe.BERSAMBUNG......



No comments: