Tuesday, August 28, 2012

Corat coret di pagi selasa

Assalamualaikum



Salam syawal yang ke 10 semua ... macam mana raya korang di minggu yang ke-2 nie? minggu pertama raya tahun nie aku cuma busy beraya ikut belah laki  jer ( ayat cam dah berkahwin jerkan,ikut belah laki konon .. haha )  berbeza dari tahun2 lepas ..tapikan sedihnya tahun nie tak dapat berkumpul bersama dengan geng2 KPTM lah .. masing - masing dah bekerja dan ada agenda masing2 , betul kata orang kan kalau dah bekerja nie memang susah dah nak berkumpul macam dulu .. walaupun duduk di johor bahru tapi kawasan semua jauh2 .. tak lupa juga lalok n lia yang kat kl tuu .. takpe, nanti kita wat reunion terus jer ea geng .. kui kui kui



                 ----------------------------------------------------------



Malam semalam lepas balik dari bazar karat dengan dak kecik aida fariha n fiza kitaorang singgah makan kat2 stulang tuu .. bayangkan makanan kitaorang tuu siap dalam masa 1 jam .. pehhhhhh, pedih perut menunggu..dah lah memasing perut tengah lapar .. siap ada customer sebelah meja kitaorang nak cancel dah makanan tuu .. orang memang ramai,tapi servis nya tak baguslah .. sebab aku pernah gak jumpa kedai yang ramai orang tapi tak ar lambat gila servis sampai satu jam tggu makanan .. walaupun makanan nya sedap memang tak kan pergi lagi lah kedai tuu .. ngeh3






p/s : buat aida tersayang sila ikut pesan kawan2 mu nie .. sila rajinkan diri pergi wat check-up ... jangan nak malas2 yer.. nanti dah melarat sakit tuu lagi susah .. selagi leh usaha untuk baikkan penyakit tuu pergilah yer aida kecik ku syg :)





No comments: