Wednesday, December 18, 2013

TIPS PERBANYAKKAN SUSU IBU



Assalamualaikum



Hari nie kita nak share sikit tips untuk para ibu2 sekalian..Memang tak salah jikalau seorang ibu inginkan susu badan yang banyak.Itu namanya naluri keibuan dan ianya sangat mulia kerana niat itu bersangkut paut dengan tanggungjawab kita pada si kecil. Dan di bawah nie diantara tips2 yang boleh para ibu gunakan

1. minum banyak air
pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Sekurang2 – kurangnya 3liter sehari


2. berdisiplin
Disiplin paling penting..jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. bila hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok

3. kerapkan menyusu / mengepam

susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu.pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam. perah setiap 3 jam. jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerahan susu. percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan. kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.


4. jangan tunggu payudara penuh

ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. itu salah! yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.

5. fikir bayi fikir susu

ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu. masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir 
Ya Mattin (Maha Sempurna KekuatanNya)
-zikir membanyakkan susu ibu-

6. teknik marmet

jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. so lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. sangat membantu. kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh...


7. menyusu / mengepam lebih lama

jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya. seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! tak percaya buat. konsisten + disiplin + istiqamah.


8. penyusuan malam

amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.


9. urutan

teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi http://www.breastfeeding.com/




PERINGATAN!

1 hari = 24jam untuk semua ibu yang menyusu. Tiada ibu yang dapat 25jam dalam sehari. Jadi kalau ibu lain boleh, beritahu diri kita, SAYA BOLEH!. Tak sempat, letih mahupun, tak cukup tidur bukan alasan untuk kita tidak pam susu. Ibu lain juga rasa apa yang anda rasa. Ibu lain boleh bangun malam untuk pam, saya juga boleh!



 Anda mahu cuba set penyusan 3M boleh cepat2 pm kita yer,
 FREE CONSULTATION seumur hidup  ^^


NORALIZA AZMAN
SID - 1069421

No comments: